SPEAKERS

Professor Faridah Abdul Manaf

Deputy Rector
International Islamic University Malaysia (IIUM)

Staying alive : can we save literature in malaysia?

Professor Dr. Nor Faridah Abdul Manaf received her education in New Zealand where she did her BA(Hons) in English at the University of Waikato in Hamilton from 1983 to 1986. She joined the International Islamic University Malaysia as a young academic in 1989 before going to University of Liverpool in the United Kingdom to do her Master’s in English Literature (16th Century English Literature). She taught for a year before going to South Australia in 1994 to do her PhD at Flinders University in Adelaide. She was made the Head of English Language and Literature Dept at IIUM upon her return from Australia and has been holding administrative positions in various offices which include the Alumni and Career Office, the Kulliyyah’s then business wing (CERDAS), Research Management Centre, Institute of Islamic Civilisation and Thought (ISTAC) before voted in as one of IIUM’s 4 Deputy Rectors.

Faridah was a Fulbright Scholar at Cornell University in 2010 and a Mevlana scholar at Seljuk University in Konya, Turkey in 2018. She is also a creative writer who’s published and studied both in Malaysia and abroad which include the USA, Australia, Hong Kong, the Philippines, Iran, New Zealand and India.Her first collection of poetry The Art of Naming: A Muslim Woman’s Journey was published in 2006.She’s now working on her second collection of poems called Travel Poems.

Her research interests include women’s writing, English Renaissance Literature, World Literature, Creative Writing, Post-colonial Literature and Sustainable Development especially Environmental issues.

Faridah is married and has a daughter who currently lives and works at The Hague.

Datuk Dr. Zurinah Hassan

Malaysian National Laureate

Menghibur dan Mengasuh Jiwa Murni

Zurinah Hassan ialah Sasterawan Negara Malaysia yang ke 13 dan sasterawan wanita pertama yang dianugerahi gelaran tersebut.  Selain itu beliau menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award ) pada 2004 dan Hadiah Puisi Sunthorn Phu (Hadiah Puisi Negara ASEAN) pada 2013. Zurinah menulis dalam pelbagai genre dan hingga kini menghasilkan kumpulan puisi, kumpulan cerpen, novel, kajian sastera dan memoir. Walaupun lebih dikenali sebagai Penyair, Zurinah juga pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Buku Perpustakaan Negara untuk cerpen dan memoir.  Karyanya telah diterjemahkan ke beberapa bahasa, misalnya bukunya Menghadap ke Pelabuhan telah terbit dengan terjemahan Bahasa Inggeris, Bahasa Spanish, Bahasa Russia dan Peranchis. 
 
 
Zurinah Hassan dilahirkan pada 13 Jun 1949 di Alor Setar, Kedah, mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Tikam Batu, Sekolah Convent Sungai Petani dan Sekolah Sultanah Asma Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kanan Penerangan, menjadi tenaga Pengajar di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia selain Karyawan Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Zurinah memperolehi ijazah Sarjana dari UPM dan Ph.D dari Universiti Malaya. Beliau dianugerahi Bintang Kebesaran Darjah Setia Diraja Kedah pada 2013.

Mr. Mohd Zulhelmi Mansor

Guru Cemerlang Sejarah DG52
SMKA Kuala Selangor

AMALAN TERBAIK PDPC UNTUK SUB-TOPIK MATAPELAJARAN SEJARAH

Bertugas sebagai Guru Cemerlang Sejarah DG 52 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor sehingga kini. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian dalam bidang Sejarah (Major) daripada Universiti Malaya Kuala Lumpur. Beliau merupakan penerima anugerah Ikon Guru Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2015, dan Ikon Guru Negeri Selangor sempena Sambutan Hari Guru Negeri Selangor 2015.

Beliau juga mewakili negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia ke peringkat antarabangsa dengan berjaya memperolehi anugerah Komuniti Impak di ASQ World Conference on Quality and Improvement International Team Excellence Award Milwaukee USA 2016 dan Anugerah Tertinggi Emas 3 Bintang dalam pertandingan Inovasi Asia Pacific Quality Organisation Conference (APQO) 2016 di Rotorua, New Zealand dan anugerah Pingat Emas di SGA Kaizen Competition Stream International Conference on Quality Tokyo Japan 2014 serta anugerah Pingat Emas di INPEX Pittseburgh USA 2012.

Beliau juga berjaya memperolehi Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2006 dan pencapaian cemerlang sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah, ambilan Januari 2001 hingga November 2001. Beliau turut terlibat sebagai Pembantu Penyelidik Biografi Tokoh tokoh Melayu di bawah Unit Pengurusan R&D Universiti Malaya Kuala Lumpur, dengan penyeliaan Prof. Hasyim b. Musa pada tahun 2000.

Mr. Bahtiar Sukkor

Guru Cemerlang Sejarah DG54
SMK Dato’ Ali Haji Ahmad

GURU SEBAGAI BROKER ILMU

Bertugas sebagai Guru Cemerlang Sejarah DG 54 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Haji Ahmad sehingga kini. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian di dalam bidang Sejarah dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1992. Meneruskan pendidikan ke peringkat Ijazah Sarjana di dalam bidang Pendidikan Sejarah di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1999. Bukan itu sahaja, beliau telah memasuki National Professional Qualification For Headship (NPQH) pada tahun 1999 hingga tahun 2000. Beliau mula mengajar pada tahun 1992 sebagai guru matapelajaran Sejarah. Berikutan usaha, inovasi, dan kreativiti beliau dalam menjadikan matapelajaran Sejarah terus menarik untuk para pelajar, beliau berjaya menyandang jawatan Guru Cemerlang pada tahun 2009.

Seterusnya, beliau merupakan Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Malaysia 2019-2021 dan beliau masih lagi merupakan Pengerusi Persatuan Guru Sejarah Malaysia (PGSM). Sifat ketokohan beliau juga terbukti kerana beliau juga merupakan Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor (2014 – 2021). Selain itu, beliau juga perah berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan 1 pada tahun 2009, dan pernah berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) pada tahun 2001 hingga tahun 2008. Sumbangan beliau ke peringkat antarabangsa juga terbukti apabila beliau juga pernah terlibat di dalam membentangkan kertas kerja dan kajian di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Dengan usaha beliau yang tidak pernah jemu mendidik anak bangsa, beliau dinobatkan sebagai Ikon Guru Negeri Johor pada tahun 2018, menerima Anugerah Emas Inovasi Kebangsaan 2018 dan 2016. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan penerima Anugerah Perak Pengajaran Abad Ke 21 Kebangsaan 2016. Apa yang lebih mengagumkan, beliau juga menerima Pingat Gangsa iCompEx’16 Kebangsaan tahun 2016, penerima Pingat Emas dan Pingat Perak untuk Inovasi Antarabangsa pada tahun 2014. Beliau juga telah menyandang gelaran Johan Inovasi Kebangsaan tahun 2012 dan menerima pingat Gangsa bagi Inovasi Kebangsaan tahun 2011.

Profesor Madya Dr. Raihanah Mydin

Timbalan Pengarah, Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran Pengajaran,
Universiti Kebangsaan Malaysia

LITERATURE AND GROWTH MINDSET: UNDERSTANDING CONFLICT, DEVELOPING GRIT

Educator and researcher with over 24 years of experience specializing in the field of literary studies. Recipient of Anugerah Akademik Negara 2014 in the category of teaching.

Cikgu Tan CL

Guru Bahasa Melayu

KONSEP PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA MAYA – SUATU FANTASI MENJADI REALITI

Cikgu Tan CL ialah seorang guru subjek Bahasa Melayu yang aktif dalam penulisan blog. Pelawat blog beliau sudah melebihi 8.8 juta pelawat. Selain itu, beliau juga sudah menulis beratus-ratus buah buku rujukan dan ulang kaji serta buku kerja UPSR, PT3, dan SPM di pasaran.

Pada masa yang sama, beliau juga penulis kolumn dalam Majalah Pendidik, Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap tahun, beliau akan menjelajah ke lebih daripada 100 buah sekolah untuk menyampaikan seminar bahasa, bengkel tatabahasa, dan ceramah komponen sastera, dan taklimat teknik menjawab soalan. Pada masa yang sama, beliau juga aktif berkongsi ilmu dengan guru-guru di se-Malaysia dalam sesi Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP).

Cikgu Tan yang juga mempelopori teknik pengajaran dan pemudahcaraan subjek Bahasa Melayu dalam talian dengan kerjasama Education Enteligence.

Dr. Zarina Begam Abdul Kadir

Guru Sejarah​

SULAMAN USAHA, KILAUAN JAYA

Dr Zarina Begam bt Abdul Kadir di lahirkan di negeri Melaka pada tanggal 18 Disember 1975. Beliau berkelulusan Bachelor of Art Education(Major History) dari Universiti Sains Malaysia, Master of Art Malaysian History dari Universiti Malaya dan Doktor of Philosophy dari Universiti Malaya dalam bidang Sejarah Malaysia.

Telah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama 20 tahun. Beliau telah menyumbang dalam bidang penulisan akademik dengan menerbitkan jurnal dalam dan luar negara. Beliau juga aktif menghasilkan Kertas Kajian Tindakan.

Beliau juga merupakan penceramah Kertas Sejarah SPM dan Pendidikan Abad 21. Beliau telah memenangi beberapa buah anugerah inovasi pendidikanpada tahun 2017 dan 2018. Beliau sangat aktif dalam memperkasakan pendidikan Sejarah dengan menggunakan pendekatan abad ke 21. Minat beliau yang mendalam dalam bidang Pendidikan serta subjek Sejarah telah mendorong beliau menggunakan pelbagai kaedah terkini untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek yang menarik.

Kini, beliau sedang berkhidmat sebagai Guru Sejarah di MRSM Tun Ghafar Baba.