Mr. Mohd Zulhelmi Mansor

AMALAN TERBAIK PDPC UNTUK SUB-TOPIK MATAPELAJARAN SEJARAH

Abstract

Kurikulum Kebangsaan berfokuskan kepada pembelajaran Abad ke 21 yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif (bekerjasama), pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Adalah diharapkan pembelajaran abad ke 21 dapat merealisasikan aspirasi murid yang mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, kemahiran berfikir, berpengetahuan, beridentiti nasional, beretika dan kerohanian. Oleh itu, peranan guru negara ini melaksanakan PdPc Abad ke 21 dalam kelas amat penting dengan memberi fokus pembelajaran yang baik berdasarkan 5 komponen penting iaitu perancangan, penyampaian, penilaian, semakan dan refleksi. Perancangan merujuk kepada hasil pembelajaran sesuai ditakrifkan; hasil pembelajaran jelas diterangkan kepada pelajar; kritetia hasil pembelajaran dicapai diterangkan dan rancangan pembelajaran dibuat sebelum kelas dan sedia ada. Manakala penyampaian berdasarkan rancangan pengajaran; mengoptimumkan masa pengajaran; kawalan yang berkesan sewaktu PdPc; komunikasi yang jelas bersesuaian dengan tahap perkembangan murid; dan menguasai isi kandungan PdPc. Sementara itu, penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditakrifkan; memastikan murid memahami konsep; memggunakan kaedah yang berbeza dan teknik penyoalan berkesan. Di samping itu, semakan merujuk kepada tindakan guru membuat kesimpulan pengajaran pada penghujung kelas dan refleksi mengenalpasti masalah atau isu dalam PdPc dan menakrifkan tindakan susulan. Justeru saya telah mengaplikasikan komponen ini dalam PdPc Tingkatan 4 di SMK Agama Kuala Selangor ketika pemantauan oleh Jemaah Nazir untuk permohonan jawatan Guru Cemerlang. Kesimpulannya guru haruslah memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran Abad ke 21 dan dan mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdPc Abad 21.