Mr. Mohd Nizam Mad Tahir

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMFAKTOR UNGKAPAN KUADRATIK BENTUK AM MENGGUNAKAN KAD V DATA

Abstract

Tinjauan awal melalui aktiviti dalam kelas dan semakan latihan di dalam buku latihan mendapati murid tidak dapat menguasai kemahiran memfaktor ungkapan kuadratik walaupun latihan dan penerangan telah diberikan berulang kali menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pembelajaran, termasuklah kaedah darab silang dan penggunaan kalkulator. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid memfaktor ungkapan kuadratik bentuk am di kalangan murid tingkatan 3. Ujian Pra dan Pasca telah dilakukan terhadap 22 orang murid Tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah di Daerah Rembau dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Penggunaan kad V DaTa ini, bukan sahaja dapat membantu murid-murid memfaktor ungkapan kuadratik tetapi juga memahami konsep ungkapan kuadratik itu sendiri, ini terbukti dengan pencapaian ujian pasca yang menunjukkan peningkatan kesemua 22 orang murid iaitu 100% berbanding ujian pra. Selain itu, pelaksanaan inovasi kad V DaTa ini dapat meningkatkan minat murid dengan subjek Matematik. Semoga pembelajaran Matematik menjadi lebih seronok dengan inovasi kad V DaTa dan dapat melahirkan lebih ramai pakar Matematik di masa akan datang. Dengan penggunaan inovasi kad V DaTa ini, bukan sahaja dapat membantu murid-murid memfaktor ungkapan kuadratik tetapi juga mencari punca persamaan kuadratik. Selain itu, pelaksanaan inovasi kad V DaTa ini dapat menyuburkan potensi murid-murid secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.