Dr. Ihsan Ismail

PEMBELAJARAN MATEMATIK SECARA INKUIRI

Abstract

Pendidikan Matematik secara inkuiri merupakan sesuatu yang agak baharu di Malaysia kerana pembelajaran secara inkuiri lebih sinonim dengan mata pelajaran Sains. Walau bagaimanapun, pembelajaran matematik juga boleh dilaksanakan secara inkuiri bagi memastikan murid betul-betul memahami apa yang dipelajari, menambah baik sikap terhadap matematik dan meningkatkan keupayaan mereka untuk menggunakan matematik dalam dunia sebenar. Inkuiri dalam matematik bermula dengan persoalan atau masalah dan diikuti dengan pemerhatian/penerokaan, penyiasatan/eksperimen, membuat perkaitan dan menjelaskan. Pendidikan matematik perlu berubah daripada sekadar guru menunjukkan cara mengira atau mengaplikasikan formula dalam proses penyelesaian masalah dan murid mengulangi apa yang ditunjuk oleh guru. Guru perlu membawa murid dalam suatu adventure yang membawa kepada penemuan matematik manakala murid belajar secara aktif dan tidak hanya mendengar penerangan dan contoh yang diberikan oleh guru. Dalam sesi, contoh pelaksanaan matematik secara inkuiri akan diberikan.